Isnin, 26 November 2012

Bacalah sayang..

Alhamdulillah...akhirnya saya dapat membuka halaman baru dalam blog ini (Bahan Bacaan).....kata orang usaha tangga kejayaan. Walaupun banyak benda yang saya tidak tahu...tetapi kerana tidak tahu malu, saya bertanya pada rakan-rakan. Sudahnya, saya berjaya memasukkan sedikit bahan bacaan buat tatapan anak-anak yang baru mula belajar membaca.

Khamis, 22 November 2012

Renung-renungkan....

kanak-kanak adalah anugerah yang sangat indah....Hargai dan sayangi mereka....Mari bantu mereka mengapai impian...

Rabu, 21 November 2012

Pantunku

Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan.
Saya baru hendak belajar, 
Kalau salah tolong tunjukkan. 

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat.
Mari bersama  memohon rahmat,
Moga kita mendapat Berkat.

Bintang tujuh sinar berseri,

Bulan purnama datang menyapa.
Ajaran guru haruslah dicari,
mana yang dapat janganlah dilupa.